Saturday, 21 April 2018

achievement unlock (alhamdulillah)


Achievement apa yang unlock tu? hehe

alhamdulillah. harini, aku berjaya hafal surah al-mulk secara penuh tanpa tersasul-sasul. alhamdulillah.

lama dah aku teringin nak hafal al-mulk ni. first aku berkenalan dengan surah al-mulk ni bila roommate aku dekat matrik dulu kenalkan aku dengan bacaan al-mulk by Muhammad Taha Al Junayd. first time dengar suara beliau, ya allah, comelnya. ye lah, waktu tu suara beliau pun belum pecah lagi, so comel lah kan. start tu, aku jatuh cinta dengan al-mulk.

tapi, tahap kemalasan dan ke-tidak-serious-an aku ni mengatasi segala yang ada di bumi ini. aku lah human creature yang paling malas sekali. bila ada masa aku nak hafal, aku hafal. hafal pun niat main-main je. tak fokus, tak bersungguh-sungguh. sudah nya, dari kat matrik (1 tahun) sampai kat universiti ni (tahun 4) baru aku hafal al-mulk ni. see, 5 tahun aku ambil masa nak hafal surah yang 2 setengah muka surat ni allahu.

dengan harapan, bila aku dah hafal al-mulk ni, aku akan praktikkan dalam solat dan bersemangat untuk hafal surah-surah yang lain pula.

target aku lepas ni adalah surah ar-rahman. sebab surah tu boleh bagi ketenangan. dan aku akan lagi trigger untuk hafal bila aku dapat tahu ada orang lain yang sudah hafal surah tu, tapi aku belum. contohnya, Harris J. beliau dah hafal masa zaman sekolah beliau lagi. so, aku pun mesti boleh dan kena hafal.

semoga aku boleh hafal.

No comments:

Post a Comment

Jemput komen di sini. Terima kasih daun keladi.