Monday, 9 March 2020

amirude-din anak mr m

harini aku geram sangat.

memang aku tekad, setiap sujud terakhir aku, aku akan doakan supaya allah tunjukkan balasan kat dia kalau dia berada di pihak yang salah. tak boleh bawa bincang dah tahap geram aku ni.

sekadar nak meluah di sini sebab aku pun dah tak larat dan nak mencarut dengan colleague aku pasal mamat ni.

1. mamat ni kerja sehari dua jam saja. kalau dia masuk syif pagi, memang aku jumpa muka dia masa dia nak balik tu saja lah. (bear in mind yang aku dan dia bukan satu syif). kalau masuk syif pagi (8pg-5ptg), dia akan duduk kat office tu plus minus sejam saja. tu pun paling banyak masa dia habiskan dalam tandas untuk berak. lepas tu minta duit nak pergi bank kononnya. lepastu nanti pukul 4 baru nampak muka kat office tu balik. tapi untung lah kalau dia nampak muka dia pukul 4. ada juga 4 setengah macam tu baru muncul tiba muka dia. tu pun main handphone kat belakang, hisap vape dia dulu, scroll sosial media dia. tepat jam 1700 dia akan clock out (punch out attendance dia). worst case, dia siap tunggu dalam kereta dia, tepat pukul 5 ptg tu, gerak dah. fulamak weh. ini cerita syif pagi, kalau cerita syif petang pula (11pg-8mlm), dia akan clock in dalam jam 10.50 macam tu, tak sampai pukul 11pg dah keluar dah. lepas tu kalau bernasib baik, pukul 7 dapat lah jumpa muka dia kat office tu. kalau tak pukul 7.30 lah baru jumpa. tu belum masuk dia nak pergi masjid solat jumaat kat masjid. tak salah nak solat berjemaah dan dengar ceramah kat masjid, tapi kau solat masa tengah bekerja kot. company bayar gaji kau untuk pergi solat jemaah dan dengar ceramah atau company bayar gaji kau untuk buat kerja? pukul 5.30ptg-8.00mlm adalah waktu paling busy bagi company aku ni.

2. aku tak tahu lah apa yang dia buat masa bekerja dia tu. lepak kat rumah, tidur, dan makan saja kot. geram tak bila company bayar gaji pekerja tu untuk 8 jam tapi dia hanya bekerja kurang daripada 2 jam sehari. lepastu semua komisen dia dapat, gaji paling tinggi antara semua pekerja. kerja tak buat apa pun. pernah ada 2 kali hari sabtu, dia keluar jam 11pg tu, petang jam 4.30 tu dia datang pakai baju biasa saja kot. nampak tak dia dah melepak kat tempat lain dulu. dua kali tau masa aku satu hari dengan dia jadi macam tu. macam sia sia je company bayar gaji dia untuk satu hari tapi dia lepak kat luar. pernah juga dia ni kerja syif noon, lepas tu tiba tiba muncul pagi, lepas clock in boleh pulak pergi settlekan kereta dia kat jpj, boleh pulak pergi ambil exam teknikal dia tu. ohh datang kerja taknak, gaji nak pula masuk. dah tahu ada hal jpj dan nak ambil exam, apply saja lah unpaid leave (masa ni dia tak tahu yang dia ada annual leave). 

3. schedule. jadual bekerja rotate tau. seminggu pagi, seminggu petang. lepastu off day pun rotate antara dua admin ni. sorang hari jumaat, sorang hari sabtu. supervisor ahad sahaja.  jadinya contohnya bulan ni aku off day hari jumaat, jadi hari sabtu tu aku akan kerja noon sebab supervisor tak boleh kerja malam sorang sorang, so sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu, dan khamis aku akan kerja noon. jumaat aku cuti. sabtu tu (yang sepatutnya aku masuk pagi sebab minggu lepas aku dah noon) kena masuk noon juga. sebab apa? sebab supervisor tak boleh noon sorang sorang. manja tak? alasan sebab apa? sebab kononnya supervisor tak boleh buat over time. so hari aku dapat merasa morning ni empat hari saja tau iaitu isnin, selasa, rabu dan khamis saja. jumaat off, sabtu kena masuk noon balik sebab supervisor tak boleh non sensorang. aku nak tanya lah, masa company cipta polisi macam ni kan, depa target pekerja yang akan pegang jawatan supervisor ni budak umur 6 tahun ke yang kalau kerja malam sorang sorang ada hantu nak ikut. spoiled betul seorang supervisor. so aku dapat merasa kerja morning lapan hari saja dalam masa sebulan sobsob

4. komisyen. supervisor punya komisyen tu 4% daripada total sales satu hari. i repeat, 4% daripada total sales satu hari. lepastu kerja main handphone, hisap vape, dan merayau entah kemana. cara kerja kat tempat aku, kalau dispatch buat pick up pakai kertas secara tradisional, aku sebagai admin akan key in balik helaian kertas tu dalam sistem guna komputer. so bila dispatch balik lambat ke office untuk scan pick up, kertas pulak ada banyak, maka lambat lah aku balik. selalu kalau closing ni memang pukul 8.30-8.40 lah aku akan balik. ada aku dapat komisen tak? tak ada. sebab? pick up tu dispatch punya. ada aku dapat ot tak? tak ada. sebab? tak cukup pun satu jam. admin dapat apa? dapat penat saja. supervisor dapat apa? dapat 4% daripada total sales untuk hari tu. so rasanya adil tak kalau supervisor tak boleh malam sorang sorang? adil tak kalau admin yang tak dapat walau sesen ni kena kerja malam 16 hari syif malam sebulan manakala supervisor hanya 4 hari saja malam? adil tak?

5. colleague aku pergi bersembang dengan admin dari office yang lain lain termasuk yang sama bos dan yang tak sama bos. ada je supervisor daripada office lain yang kerja malam sorang sorang. ada je supervisor daripada office lain yang even full untuk bertanggungjawab dan bertolak ansur kalau admin dia ada hal yang tak dapat dielakkan. so siapa yang berkira sekarang ni? aku pernah cakap berterus terang dengan dia sebab aku dah tak tahan sangat dengan perangai dia tu, geram, jawapan dia hanyalah "kita bekerja ni tak boleh berkira" wtf? siapa yang berkira sebenarnya sekarang ni.

6. tadi ada meeting satu office, dengan bongkak nya dia cakap dia supervisor, tak patut menyapu, tak patut buang habuk kipas, tak patut cuci toilet. dia masuk kerja pakai qualification dia, tak pakai cable. excuse me sir, kami semua ni satu office masuk kerja pakai cable ke? semua yang kerja kat sini pergi open interview tau, apply online. kau yang masuk pakai recommendation daripada kawan arwah bapak kau direct ke hq tau. tu bukan cable ke? cikai cikai pun tu kira macam bau bau bacang pakai cable juga lah bagi aku. tak pakai cable ni macam kami yang lain lain ni, apply sendiri. punya lah bongkak nya engkau dengan jawatan kau, tapi kerja apa je yang kau buat? boleh list kan? aku pun pernah lah weh kerja setaraf dengan position  kau, dalam bidang retailing lagi tu, lagi susah. lagi besar tanggungjawab nak compare dengan tanggungjawab kau yang sekarang yang kerja bidang courier services ni. tapi aku sama sama tau sapu lantai dgn staf staf aku, sama sama buang sawang sambil bergelak ketawa pasang lagu dengan staf staf aku santai santai, sama sama buang sampah waktu malam dengan staf staf aku, aku pun ada cuci toilet masa jadi asst. supervisor dulu. (tempat kerja lama aku, assistant supervisor sama saja dengan supervisor. just nak jadi supervisor kena dah lebih daripada 1 tahun jadi assistant supervisor).

so aku menulis ni sekadar nak meluah saja. nak bagi hati aku rasa tenang. nak keluarkan semua yang terbuku dihati dan tersimpan dalam memori ni. tak nak lah pulak kena heart attack sebab aku ada dengar kalau asyik sakit hati/makan hati je setiap hari ada probability nak kena heart attack.

No comments:

Post a Comment

Jemput komen di sini. Terima kasih daun keladi.