![]() |
| credit to Mr Google |
Hari ni hari ke-4 RMO, malam ni tepat jam 12.01 pagi tentera pula akan bantu polis kawal keadaan di Malaysia ni. Sebab rakyat Malaysia ni masih degil, tak nak dengar kata. Masa kerja sibuk nak memonteng/mengular. Dah kerajaan suruh duduk rumah, nak keluar pulak. Lain lah supervisor aku, betul-betul dia stay at home tapi dalam masa yang sama masih punch in/out attendance, gaji nak jalan tapi kerja tak nak buat oppss.
Hari ni aku sedih betul lah. Pihak company aku mati-mati tak nak cut masa bekerja. Semua staff request nak kerja 8am-5pm untuk tempoh RMO ni saja. Bukan minta cuti pun. Diorang just cut waktu masuk kerja saja, iaitu pukul 9am-8am. Allahu. Elok-elok dah boleh balik awal jam 5 ptg untuk syif pagi tu, dah kena balik pukul 6 ptg. Ada area cawangan lain dah tersebar orang kena positif covid-19, HR aku boleh kata staff company takda yang kena pun? Allahu, nak kena ada seorang positif covid-19 dulu ke baru nak tutup/nak cut masa operasi. Company courier yang lain pun dah limit kan masa bekerja jadi 3 hari seminggu, itu pun sampai jam 3 ptg saja, company aku ni kami yang staff ni minta cut masa saja, pun tak dapat. Zaman sekarang ni memang manusia bertuhankan duit eh?
Dah lah HR macam ini perangai dia, Supervisor lain pula perangai dia. Selfish. Dia saja tibai semua morning shift. Dah lah kalau masuk morning tu, masuk pukul 9 pagi, then admin masuk sebelum pukul 11 pagi tu, dia dah blah dah balik rumah. Sebelum ni 3 jam, ni dah 2 jam saja dia duduk kat office tu. Lepastu, dah pukul 5.30 ptg nanti baru balik office, sebab punch out jam 6 ptg kan. Itu pun nanti dia duduk main handphone dia kat belakang tu saja. Tepat jam 6 ptg clock out, lepas tu balik. Senang nya dia buat duit. Berkat tak tu?
Aku sebab dah tak tahan sangat dengan perangai Supervisor aku ni, aku report lah ke HR. Lupa pulak HR pun sama-sama kambing mcm Supervisor tu. HR pun back up Supervisor. Nanti Supervisor kalut nak scan overnight sorang-sorang, nak kira duit lagi. Habis tu selama 7 bulan bekerja ni, semua tu aku buat sorang-sorang saja tau. Tak jadi gila pun buat sorang-sorang. Supervisor should be responsible lah untuk semua benda yang berlaku dalam office kan, ini semua benda atas bahu admin. Gaji nak banyak, komisyen nak banyak. Kerja satu pun tak buat. Allah, geram nya aku.
Ya Allah, murah kan lah rezeki aku dalam bidang pekerjaan ni Ya Allah, tak minta banyak, dapat kerja yang aku happy kat dalam dia pun dah okay dah. Gaji yang setimpal memandangkan zaman sekarang ni kos sara hidup tinggi.
Sakit nya hati dapat orang atasan yang macam ni ya. Betullah, dunia ni memang gila. Alam pekerjaan memang gila. Macam-macam perangai manusia yang boleh buat kita mengucap panjang kita akan jumpa.
Last but not least, harapnya RMO ni tidak dipanjangkan lah tarikh dia supaya aku dapat pergi interview dengan cepat. Semoga Malaysia aman macam dulu. Semoga diberi kesihatan yang baik kepada warga KKM yang dah bertungkus-lumus merawat infected patients Covid-19 ni. Semoga ganjaran Syurga diberikan untuk semua yang berkorban demi keamanan dan kesejahteraan negara Malaysia ni. Ameen.

No comments:
Post a Comment
Jemput komen di sini. Terima kasih daun keladi.