![]() |
| credit google |
aku ingat aku nak buat blog ni jadi platform untuk aku meluah perasaan, membebel, mengeluarkan semua benda yang terbuku di hati aku. aku harap dengan cara menulis macam ni dapat lah kurangkan sikit keresahan atau apa apa sahaja yang aku rasa. sebab aku dah penat nak simpan semua rasa ni sorang sorang. sebab aku bukan jenis yang berkongsi cerita dengan kawan kawan. kalau aku nak berkongsi pun, aku akan cari seorang saja kawan yang aku betul betul percaya untuk aku cerita. itu pun kalau aku rasa nak meluah. kalau tak, aku pendam saja. sebab banyak sangat memendam rasa ni, aku perasan yang aku jadi seorang yang heartless. tak kesah apa pun jadi, lantak lah. dan ini buat aku rasa macam aku dah tak jadi manusia saja. aku kena ubah benda ni supaya aku jadi manusia normal balik.

No comments:
Post a Comment
Jemput komen di sini. Terima kasih daun keladi.